.::mencorak langkah::.
..hari ini penentu hari esok..
Jun 17, 2023
Hari Bapa 2023
Dec 21, 2021
Lobang
Mama tengok Yasmin. Kak zahra menjerit panik. Eh macam tak biasa je kakak zahra panik. Buat relek jela
Mama Yasmin banyak darah, jerit Zahra. Eh bibir pecah lagi ke? Dengan tenang mama panggil Yasmin nak basuh darah. Anak2 membesar, jatuh darah di mulut tu dah biasa. Jatuh je gigit bibir. Marah gigit bibir. Kadang makan pon boleh gigit bibir sampai darah ๐
Berbalik kisah Yasmin tadi. Bukan mulut yang berdarah. Tapi seluruh muka dia berdarah. Ah sudah, mama mula panik. Ambil telefon bimbit, call suami. Tak angkat pulak. Ambil gambar, hantar melalui pesanan Whatsapp. Call sekali lagi. Mama mula pening kepala. Bau darah segar semakin kuat.
Bila panik, segala ilmu lupa seketika. Tak tahu nak buat apa. At this moment, i need to help myself first. Ambil nafas dalam, tenangkan diri
It takes me a few moments, before I can remember. Yes I can finally remember, step 1. Hentikan darah.
Tengok balik anak, cuba tenangkan dia. Tanya macam mana dia boleh darah. Langgar dinding.
Ok mom, you got your answer. My daughter is responding well. She is healthy. No concussion. Anak tu tenang je, mama je panik lebih ๐
Sakit mana? Kepala
Ok jom basuh tangan dan kaki dulu.
Lepas tu cuba basuh muka, sakit!!
Jom baring Yasmin. Yasmin takut
Ok kita duduk. Mama ambil kain bersih cuba lap semua darah yang ada, dari muka ke kaki.
Rupanya kawasan yang terkoyak sedikit sahaja.
Suami balik tengok anak, oh sikit je yang koyak. Tampal ok je ni.
Mama tak puas hati dengan jawapan papa, paksa papa bawa anak ke klinik. Balik klinik, memang doctor tampal aje๐๐
Sekurang- kurangnya mama tahu, anak ok. Tidak perlu jahitan walau tadi darah mencurah-curah.
Alhamdulillah . Tulis sini untuk ingat kejadian 18 December 2021
May 21, 2020
New Normal
new normal.. duduk rumah. tunggu posman sampai hantar parcel ๐