Oct 6, 2019

kek pisang paling senang dan sedap

Sejak pindah ke Bangi ni, kami rajin ke pasar malam. murah, fresh, berkualiti. sambil2 support melayu. Problem beli barang pasar ni kadang, sbb diorg ni nk jaga freshness kan. kalau beli lambat dia suroh amik semua. so kalau teringin pisang tu, nak beli sesikat je. tapi boleh end up sampai 5 sikat. siapa nak makan banyak2 tu? huhu

selalu pisang memang diletak atas meja. tapi kalau kulit pisang semakin hitam, kita buang kulit pisang, masuk bekas, simpan dalam fridge. anak2 tak suka pisang yang berkulit hitam. huhu. 

frozen banana tu pernah buat banana smoothies. sedap gak. tapi tekak melayu ni tak boleh minum banak pisang. hahaha. makan pisang boleh la. so option pisang ni tinggal buat goreng (jemput2 pisang), atau dibakar (kek pisang). n harini we ols nak share resepi kek pisang yang senang gileerr


mukaddimah lagi. resepi ni gabungan dua resepi. tapi memang simple giler, pakai blender je. 

Kek Pisang

Bahan bahan masuk blender:
4 biji pisang emas (saya guna 8 biji)
1 cawan gula kaster (saya pakai setengah cawan gula putih, setengah cawan gula perang)
1 cawan minyak jagung (pakai minyak masak paket je) haha
4 biji telur gred A (saya guna gred B)
1 sudu kecil vanila esen

Bahan ayak:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil baking powder


Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Bahan tepung disatukan dan diayak. 

Tuang bahan yang di-blender sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

senang sangat kan? selamat mencuba gais..



May 17, 2018

Ramadan 2018 / 1439H

Alhamdulillah kembali dalam madrasah Ramadhan. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Tahun ni tahun pertama zahra nak puasa Ramadhan. Bagaimana penghujung mama belum tahu lagi. Tapi setakat harini ada beberapa perkara yang mama rasa lucu

Semalam balik sekolah... mama, teacher cakap esok puasa. Puasa tu tak boleh makan dan minum. Tapi kalau zahra lapar macam mana? Mama jawab: bila kita rasa puasa, kita belajar sabar, belajar lapar, belajar bila kita lapar makanan tak terus sampai kat kita. Belajar sabar kena tunggu malam baru boleh makan. Kalau luar terang tak boleh makan.

Sebelum tido mama tanya zahra untuk kepastian betul ke nak puasa esok. Zahra cakap kalau puasa jadi orang hebat. Terharu mama. Baca niat puasa kemudian tido..

Mama kejut sahur... zahra penat la mama. Nak tido lagi. Esok puasa. Bukan harini. Tak sahur.

Bangun pagi. Mama, kat luar belum terang masih gelap. Zahra nak susu boleh? Zahra letih. Mama tengok jam dah 7pagi. Jangan seksa anak puasa. Takpe bagi je susu. Lepas minum susu, makan roti sapu coklat zahra pergi sekolah

Balik sekolah zahra cakap zahra lapar sangat. Letih. Mama tanya kat sekolah makan apa. Zahra cakap zahra tak dapat makan pon. Rupanya Zahra bagitau teacher zahra puasa.

Apa pengakhiran puasa zahra? Hujung bulan kalau sempat mama cerita lagi

#loveofmylife #zahra4yearsold

Aug 9, 2017

Forever 24

Bila orang tanya umur berapa. Mesti nak jawab 24 tahun. 

Back then I really care how old am I. But now i am 24. N forever will be 24. WHY? because im married at 24. N that is when my age stop ticking. 

Lepas kawin ni macam2 berubah. Dari menu makan, sampai cara penampilan diri, waktu untuk diri sendiri dan macam2 lagi. Kalau awak tu jenis selfish, asik fikir pasal diri sendiri je susah dan menyusahkan orang. 

Kenapa? Bak kata DFK, sebagai isteri kita nak kena jaga nama baik suami. So keluar rumah dah tak boleh nak pakai tshirt je. Buat malu suami je kalau pakai macam budak2. Lepas tu mesti ringan tulang. N now dah pandai masak sikit. Walaupon masa tido dan masa untuk diri sendiri dah kurang, but it really is worth it. 

N yes, sekarang ni memang tak berapa sempat nak up to date dengan latest movie, trend, etc. Mmg forever 24 la kan? Yg i ingat cerita2 zaman single dulu. Gossip2 lama. Hahaha. Kawan2 geng lepak dulu pon ramai dah kawin ada anak. 

Rindu zaman muda remaja dulu. Tapi sekarang ni pon best je. Hidup sangat bermakna kalau ada tujuan hidup. LILLAH