Jun 26, 2009

melentur buluh biar dari rebung...

ramai orang suka complain. complain ini, itu. macam2 hal nak merungut. semua salah. saya pernah dengar.. orang seperti kami [generasi muda] selalu buat ikut suka. tapi pernahkah mereka terfikir kenapa??

bagi pendapat saya. semua manusia ada ragamnya tersendiri. ada kelainan pada setiap individu. dan perbezaan itulah yang membuat setiap insan unik. tetapi, apa yang membuat setiap individu itu berbeza??

persekitaran. persekitaranlah yang membuat kita menjadi diri kita yang sekarang. bermula sejak sebelum kita dilahirkan. input apa yang diberi kepada kita sejak dari perut ibu hinggalah input yang diberi pada kita hari ini.. dan inilah yang membentuk peribadi kita dan masa depan kita pada akan datang. input yang dimaksudkan bukan hanya makan minum; juga ilmu yang diajarkan, perwatakan orang disekeliling kita dan juga media massa [tv, internet].

oleh itu, sekiranya anak kecil membuat sesuatu diluar sangkaan kita. ini mungkin pengaruh tv atau orang disekelilingnya seperti ibu bapa atau adik-beradik.

itu anak kecil. bagaimana dengan remaja?? remaja merupakan golongan antara dewasa dan kanak2. golongan yang selalu keliru dan selalu dalam dilemma. tanpa pengawasan sewajarnya, mereka akan terjebak dalam gejala yang tidak sihat. pengawasan yang sewajarnya tidak bermaksud mengongkong.. tidak juga bermakna akan terlalu banyak kelonggaran.

akan tetapi, ini semua hanyalah pendapat seorang insan yang melihat dunia dari sudutnya sendiri.. oleh itu, sebahagian daripada yang tertulis diatas mungkin tidak benar.

*********************************************************************************

sebenarnya nak tulis bende lain. tapi, tiba2 jadi karangan ni. huhu. comment please..

No comments: