Sep 19, 2009

dah sampai!!

sampai mana? singapura tanah airku. tiada kampung, tiada halaman. hanya bangunan tinggi menjadi tempat kediaman. tapi dah pindah kl pon dok kat condo. same je kot. haha. maybe too used to that surrounding. maybe.

kisah hari ini.. saya gembira hari ini. kata2 seorang kanak-kank kecil yang berusia 6 tahun. kenpa awak gembira? sebab hari ini hari ayah pulang ke rumah. sebab hari ini hari terakhir saya puasa. sebab esok dah nak raya. sebab esok dapat duit raya. sebab.. banyak betol sebab kenapa dia sangat gembira. dan saya sebagai kakaknya turut rasa gembira. n he was excited the whole journey. from kl to spore. tak boleh duduk diam. sampai kakak dia nak tidur sekejap pon tak boleh. dan seperti biasa kakaknya akan bagi pinjam telefon bimbitnya supaya boleh lepas dari terpaksa melayan karenah dia yang bermacam ragam. hihi.

dalam perjalanan tadi tiba2 tayar letup. hmm. pancit je kot. tapi pancit yg flat abes la. sampai berasap. siapa yg ganti tayar? PLUS ronda. tidak sia2 kami membayar tol. tiba2 teringat kat kereta yang tak boleh nak start enjin masa bulan puasa dulu. 1st tu kereta seorang teman, tak boleh on masa nak g buka kat rumah bday girl. pastu, kereta kami tak boleh start enjin sebab dah lama tak on kereta. huhu. tapi sekarang smeua dah selamat dan saya sudah sampai ke destinasi yang ditujui

kini, saya sedang berada di kota singa. tanah dimana ku dilahirkan. sekarang ni baru sempat nak online. tadi sempat online sekejap je. pastu dipanggil masuk dapur balik. buka puasa di singapura awal 10 minit berbanding di kl. buka makan ketupat dan lontong.

puasa kali ini. puasa kali ini. amalan. amalan. puasa kali ini. secara jujur, saya tidak rasa excited seperti tahun lepas. mungkin kerana banyak perkara yang saya tidak buat. banyak perkara yang tidak tercapai. seperti.. adelah. tapi yang penting, saya rasa tahun nin lebih teruk dari tahun lepas. bukan manusia patut berubah kepada menjadi lebih baik?? entahlah. mungkin disebabkan fikiran kacau. mungkin kerana fb. tahun lepas saya berjaya memboikot myspace, friendster, dan segala application yg ade. tahun ini tidak berjaya.

tebaca blog kawan kepada kawan saya. kira kawan la. dia cakap dia berjaya. ade perasaan iri. kenapa saya tidak berjaya? kenapa? kenapa? dan kerana ini, saya rasa tidak berapa gembira nak beraya. walupun baju raya sudah dibeli sepasang. ya, hanya sepasang. bukan tiga empat seperti selalu. entahlah. [fikiran masih kacau]

fikiran kacau. fikiran kacau. tapi tak tahu apa. mengganggu emosi. kadang2 terasa marah kat diri sendiri. susah nak fokus. lambat nak paham. mata pon kadang2 jadi kabur. [nukan memang dah rabun ke? haha]. wlaupon cam takde kena mengena, tapi itulah yang sedang terjadi pada diri saya sekarang.

menghappykan diri. menceriakan suasana. bukan sepatutnya raya penuh dengan keriangan. senyuman. warna warni pelangi. di hari raya ini?so, sebelum merepek makin jauh. ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang membaca blog saya yang tidak seberapa ni. senyum selalu. jangan rosakkan keceriaan orang lain. ingat tu! n sorry kalo dah terosakkan mood korg. maaf zahir batin

1 comment:

Ameen Topa said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin to you too! Have a nice Eid with your family!
All the best :)