Sep 8, 2009

ingatlah bahawasanya..

sejarah ialah perkara yang telah berlaku. semua perkara yang sudah lepas merupakan sejarah. dan sejarah tidak mungkin boleh berubah. yang boleh diubah ialah masa depan. kita tidak tahu apa yang akan terjadi dengan masa depan kita, dan yang menentukan masa depan kita ialah sekarang. dan apa yang anda sedang buat sekarang?

ketahuilah bahawasanya, manusia akan mati pada bila2 masa. mungkin orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. oleh itu katakanlah kepada mereka yang kita sanyangkan mereka sebelum terlambat.

kini, kita berada di fasa akhir ramadhan. tidak tahu sama ada akan sampai ke ramadhan yang seterusnya. oleh itu perbanyakkanlah amal ibadah. semalam, dikejutkan dengan pesanan ringkas yang memberi tahu bahawasanya rakan saya terlibat dengan kemalangan jalan raya. alhamulillah, dia sudah sedar dan setabil. hanya perlu bnyak istirehat. tadi, sebelum peperiksaan pertengahan untuk subjek 'corrosion and prevension', dikejutkan pula dengan lagi satu berita, salah satu pelajar tidak hadir kerana adiknya baru meninggal semalam. pada awal ramadhan, pelajar uia mati lemas di kolam renang. dan banyak lagi berita antara kita sedar atau tidak.

saya tidak tahu bila pula nyawa saya akan ditarik balik. dan sempena itu, diriku ini ingin meminta maaf kepada saudara-saudari semua sekiranya telah membuat salah atau telah melukakan hati, secara sengaja atau sebaliknya.

1 comment:

Ameen Topa said...

All of us are sorry as well...
and we are thankful to you for being our friend...
Cheer up, you will live a long happy life InshaAllah...