Jun 20, 2010

short sem..

maka tamatlah sudah 3 tahun pengajian di uia. ye ke 3 tahun? kebenarannya tidak, belum lagi genap tiga tahun. tetapi disebabkan saya sudah bergelar pelajar 'level 4' di myiium dan sudah mengakhiri sem pertama ku bergelar pelajar 'level 4'. maka buat2 je la gaya macam budak final year. hoho..

TAPI.. selama saya di uia. apa yang saya dah buat? apa yang sudah saya kecapi? adakah semua perkara yang disenaraikan telah ku laksanakan? jujur saya katakan, saya sebenarnya sedih dengan 'level 4' ni. mungkin sebab banyak yang saya belum lakukan sebagai pelajar.

apa yang saya dah buat selama di uia? apa yang saya dah buat selain masuk keluar kelas? mengikut program2 uia? saya bukanlah pelajar yang rajin.. kalau ada pon disebabkan ada rakan2 yang berjaya menarik saya ke program tersebut..

semester pendek.. mengambil dua subjek DS @ decision science dan EAP @ english academic purpose. apa yang telah ku pelajari dalam dua subject ni?

DS. saya belajar bahawasanya banyak perkara yang kita hanya boleh turut. sami'na wa atokna.. tidak boleh dipersoalkan. semuanya teori belaka. dahulu semasa mengambil o-level, saya ada buat kertas kerja @course work on computer studies, berkenaan 'man-hour management'. [susah betul nak menterjemahkan semua dalam bahasa melayu]. dalam coursework saya tu saya men-computerize-kan kerja2 manual. ada pengiraan, hanya mengunakan microsoft excel. tapi kalau 'compare' dengan assignment problem using hungarian method in DS. kaedah senang. tapi dalam syarikat kecil, tenaga kerja bukan empat lima. jika mengunakan kaedah tersebut dalam syarikat besar, macam mana nak kira? takkan nak kira row, column, adjust, row, column, adjust... maka saya rasa kaedah itu tidak boleh diguna pakai.

contoh lain yang saya tak berapa nak suka ialah 'decision analysis'. bab kedua selepas introduction. macam mana dia tahu payoff@profit. kan perkara ni tidak tentu lagi. dan macam mana boleh dapat EVSI kalau tak ada ejen. pastu boleh pulak dia tanye should we consult the ejen? helo! kalau takde ejen nye data, macam mana nak ada data. macam mana nak compare. ntah apa2.. probability tu pon ntah mana je diorg dapat. ikut suka hati je..

banyak lagi yang saya heran dan giga pelik dalam kelas DS ni. tapi rasanye cukup la setakat ini.

EAP.. saya suka eap. eap ialah tempat saya meluahkan segala yang telah dipelajari walaupun bukan semua. jika anda membaca term paper saya, segala jenis material dibentangkan. hoho. tapi takde la cantik sangat karangan saya. tapi puas hati..

apa yang telah anda pelajari setakat ini? hanya anda yang boleh menjawab persoalan ini..

No comments: