Aug 29, 2010

Cerita2 selepas kisah2..

Cerita ni lebih kurang smbungan la dari kisah2 yang lepas. Maka cerita pon bermula:

1.  Selasa, 24 august, buka puasa dengan karateka kat pj. Wakil dari Gombak ada 8 orang je. Saya, kak ili, aman, abg iman, kak ayu, abg asrar, kak ana, dan zaid. Janji pukul 5.30pm. maka saya pon mula bersiap jam 5.30pm, saje je lambat2 dengan harapan dah siap je akan dijemput oleh abang iman, hehe. Akan tetapi, tunggu punya tunggu abang iman tak sampai2. Rupanya abg asrar yang amik, dan masa tu la baru paham msg abg iman. Hahahaha. Lain kali bag sms tu biarlah terang dan jelas. Saya ni slow skit, n tak reti baca pikiran orang. Lagi2 kalo orang tu abg iman. Dah selamat sampai kat pj lak, tak tau iftar kat ne, tau kat annex je. Pastu sambil menunggu si penunjuk jalan, maka berdiri sebentar depan library, maka terimbas kembali kenangan lama. Dimana ku rajin pergi ke library. Baik tak? tapi pergi bukan baca buku ilmiah la, main internet je memanjang. Tak pon baca novel. Dulu masa zaman belajar kat pj dulu, nak internet free kat library je la. Sekarang ni je dah ada wireless.
Overall, best la iftar kat sana, mengimbau memori lama. Haha, jiwang lak aku ni. Dah2, nanti lari tajuk lak (eh, bukan dari tadi dah lari tajuk ke?)

2. Rabu, 25 august, terponteng kelas seharian demi menyiapkan lab report. Haha. Baik punya alasan. Pastu lab cancel. Maka takde kelas sepanjang pagi. Huhu. Malam lak ada kelas skill. CPR again oh yeah, ni kali ke tiga buat cpr kat little anne, tapi cam tak betul2 jugak. Kalau ada mangsa yang betol2 perlu cpr, maka saya tarik diri dulu la kot. Mana tak nyer, setakat nak cari pulse kat diri sendiri ni pon sekejap jumpa sekejap tak. Kalo setakat teori tu pass la kot. Tapi kalo practical, ku rasa tidak..
Lepas kelas skill, jumpa a iman n karate geng. Meeting punya meeting, konon 10 minute je, habis kul 12 gak, haha. Nanti insyaAllah ada karate national tournament 2nd and 3rd October, sape menang wakil Malaysia kat chiangmai. Jap, btol kot. haha. Kira lawan2 sama time dengan majlis convo nanti. Jom meng-havoc-kan uia..

3. Khamis, 26 august, conpius nak g iftar mana. Haha. Pastu last2, dihiret oleh si awan g iftar ngan president. Kaco orang tadarus je minah ni. Tapi best la. Makan sedap, pastu jumpa kawan2 taaruf. Best2, tapi tak de ‘fambu’. Haha.

4.  Jumaat, 27 august, g rumah tititan kasih, tapi cam tak ramai je anak jatim. Haha. Ke aku je yang tak nampak. Buka pose sama2. Lepas terawih, balik uia. oh, btw, ni program ni anjuran JKQ (Jami'iyyah Khadamatil Quran. harap ejaan btol). antara participant perempuan, aku ni je la satu2nya dari kuliyyah engineering. majority edu, lain kenms. tapi tak kesah la, selain berkenalan dengan warga titian kasih, contact dengan warga uia pon bertambah. n btw, particiapant ni suma, ramai gak yg g bengkel komunikasi, so ramai la dah kenal saya(sebab berdiri tanpa suara kat depan), walaupon saya ni tak kenal (or baru je kenal kat rumah titiaan kasih ni). overall, enjoyable moment, first time pergi rumah anak yatim.

5. Sabtu, 28 august. Ada kelas special topic in material engineering cam biasa. Dan jeng jeng jeng.. presentation.  Hentam saje la. Paling lama yang present kat depan, sebab berdebat sebentar dengan madam sampai madam setuju dengan apa yang ku katakan. Hahaha. Padehal 2 muka surat je assignment aku, diorg yang 6 page tu upon mdm tak tanye macam2.
Pastu hari petang lak iftar bersama keluarga ikram (nama baru untuk KARISMA). Makan sedap. Yum yumm..

6. ahad, 29 august. birthday roomate ku sayang. happy birthday gurl. sorry la tak beli hadiah pape. moga hidup bahagia dunia akhirat..


7.  Minggu depan ada 2 mid-exam, and a report to be submitted. orang dah balik raya, barulah aku ada mid-exam. apa punya tarikh dah, pasrah2.. All the best to me n u.. selamat menambahkan amalan, bulan posa dah nak habis ni..

3 comments:

Ameen Topa said...

eh, dee dtng iftar ta'aruf ke ari tu? Tak nampak pon...

Khadijah Rahman said...

mesti la tak nampak. last to come. 1st to leave. huhu.. same table with nad

Ameen Topa said...

hehe...sy dtng lewat gak, pastu jumpa a.iman dlm masjid n buka puase with him...