Jul 1, 2008

WAHAI SAHABATKU



Tahukah dirimu..

Bahawa daku menyayangimu kerana Allah

Daku gembira jika dirimu mencintai Allah,

Daku gembira jika dirimu dicintai Allah

Kita tidak pernah terfikir untuk bertemu..

Namun, kita telah ditemukan disini..

Dibumi ini, lalu kita menjadi sahabat




Sahabat..

Masa depan adalah milik Tuhan,

Kita tiada kuasa untuk menghalang segala ketentuanNya. .

Sebagai hamba, kita hanya perlu berusaha..

Sehingga berjaya menjadi hamba yang taat kepadaNya



Sahabat..

Hanya satu pintaku,

Didunia yang sementara ini,

Bertaqwalah kepada Allah walau dimana dikau berada,

Gantikanlah kesalahan yang telah dikau lakukan

Dengan kebaikan sebanyak mungkin…

Tinggalkan segala perkara yang sia-sia

dan hanya merugikan dirimu..

Kita telah dilahirkan sebagai juara semenjak didalam rahim ibu

Teruskan menjadi juara dan pemimpin yang menyayangi dirimu..

Sayangilah dirimu, bertanggungjawablah kepada dirimu

Lakukanlah kebaikan untuk kebahagiaanmu dunia dan akhirat.



Sahabat…

Sementara rohmu berada didalam jasadmu..

Kita masih ada masa untuk menambah iman..

Iman itu kan bertambah dengan ketaqwaan dan kebaikan

Dan ia kan berkurang dengan maksiat dan kejahatan…

Daku tidak bercadang menyakitimu,

Namun, dikau adalah sahabatku,

Lalu, daku terpanggil untuk menyatakan..

Sedikit nasihat, agar daku menjadi sahabat yang bererti dalam dirimu

Menjadi pendorong kebaikan

Bukan sekadar teman untuk ketawa bersama.



Sahabat,

Daku mempunyai impian,

Impian yang kutanam bersama semua sahabatku,

Daku ingin kita bertemu didunia dan didalam SyurgaNya.

Menatap indah wajah Allah , Rabb yang mengurniakan nikmat percuma

disetiap saat dan ketika..

Bertemu RasulNya, yang hidup penuh pengorbanan.

demi Islam tercinta.

Doaku, kita akan menjadi hamba yang diredhaiNya.

Kerana nyawa dan kebahagiaan hari ini

tidak diketahui bila akhirnya.

Umur yang bertambah,

mendekatkan kita pada kematian yang pasti tiba.

Kebaikan itu datang dengan usaha dan doa

Lalu berdoalah dikau kepadaNya



Sahabat..

Maafkan daku,

Andai coretan ini menyakitimu. .

Daku hanya ingin mengingatkan diriku dan dirimu,

Pada janji kita dialam Roh,

Bahawa kita akan taat kepadaNya..

Salam Persahabatan

Semoga Allah menyayangi semua hambaNya

Doakan daku agar daku menjadi hamba yang solehah

Dan sahabatmu yang baik

Maafkan daku….

No comments: