Apr 29, 2009

sudah mula terima hakikat..

haizz. begini la hidupku sejak beberapa hari. ye ke? ye la, sejak hari jumaat lepas n getting worse selepas dapat tahu bagaimana rupa keputusan peperiksaan. akan tetapi, saya sudah mula terima hakikat. hakikat bahawasanya keputusan peperiksaan tak sebagus mana. tapi ape boleh wat. dah memang camtu. tak bleh nak ubah. kini, hanya boleh memajukan diri, supaya keputusan seterusnya tidak seteruk ini. lepastu, naikkan cgpa n masuk deans list.

penting sangat ke masuk deans list?? penting. amat penting. sebab kebanyakkan applicants yang apply kerja melalui ayah saya merupakan budak dean list. at least sekali. n nak apply master degree nye scholarship pon mesti deans list. dan kerana dua sebab itu, saya sangat mahukan deans list.

memang aim ke dean list tu? ya, at least 3.3 (3.3 bukan deans list). tapi 3.3 pon tak sampai. sangat berduka cita. gpa naik, cgpa turun. both about 0.1.

sebab takdapat deans list je ke meng-down-kan mood saya? tidak!! ia hanya sebahagian dari pada penyebab. penyebab lain?? karate.

karate merupakan seni pertahankan diri yang saya minati. dulu pernah berhenti sekejap tapi dah sambung balik kerana saya fikir ianya perlu. apa yang karate da buat kepada diriku ini sampai mood hilang?? sebenarnya nama saya telah disingkirkan daripada masum. mengapa?? sebab uia membuat polisi baru, beberapa hari sebelum submission borang, bahawasanya hanya 1 peserta dalam setiap kategori. walhal, kebanyakan university meletakkan 2. ini termasuklah UiTM, yang telah menjadi sahabat dojo kami sejak friendly match dulu. saya sebenarnya agak terkilan mangapa namaku dibuang. ya, saya tahu kategory saya ade budak black belt. so she deserve that place more than me. saya sedih. dan belum sempat kesedihan itu berlalu. lagi satu perkara sedih sampai. seperti jatuh ditimpa tangga kan?? nasib baik pass grading. grading yang ku hadiri dan hanya berlatih selama seminggu.

kenapa dengan diri ku ini?. ku perlukan semangat untuk menaikkan kembali mood ku ini. tapi tak tau semangat tu nak datang dari mana. pape pon, jumaat ni nak pulang ke singapura tanah airku. oleh itu, tidak menghadiri training karate pada jumaat malam (atau malam sabtu), tidak menghadiri adni alumni gathering (sabtu pagi) , tidak menghadiri demo training kat brickfield (betol kot ejaan) (ahad pagi). adakah keputusan untuk balik ke tanah air ini tepat?? mungkin juga sebab dah lama tidak pulang ke tanah air. sebab keluarga ku selalu pulang semasa ku ade peperiksaan yang wajib dihadiri. sempena tiada peperiksaan, baik ku pulang ke tanah air kan?. comment please...

2 comments:

Reportero local said...

Yup. But at least you ain't as bad as I am.... Like I say, have fun back in SIngapore. Boleh pesan brg?

Anonymous said...

nak pesan ape? ill buy if i remember