Nov 29, 2010

tudung

nasib perempuan islam di singapura. demi mencapai cita2 mereka, mereka memilih sekolah secular. maka terpaksa memakai skirt setiap hari ke sekolah. tudung? hanya dipakai dalam majlis perayaan seperti majlis walimah, hari raya, tahlil, majlis khatam quran dan sebagainya. dan pada hari2 yg lain, ikut sesuka hati la nak pakai ke tak..

kenapa ya boleh jadi macam ni? saya pon tak berapa nak pasti. tapi alhamdulillah walaupon saya kerakyatan sana, saya tidak sebegitu setakat ini, dan harapnya tidak akan sesekali buat begitu. satu alasan, mungkin kerana saya menuntut di sekolah islam di malaysia (swasta).

sudah menjadi kebiasaan kalau orang bertandang di rumah, saya akan mengenakan tudung. kadang2 yg agak selalu, sedara mara (sedara jauh) akan jadi heran. heran sebab pakai tudung delam rumah sendiri. diorg tu sedara jauh, ayah atuk kita yg adik beradik. dan saya pulak macam biasa heran (yg tak seberapa heran) kat diorg. tudung tu pakai kat luar rumah je ke? tak pelik ke jumpa mr X kat luar pkai tudung. pastu bila mr x dtg rumah, boleh pulak tak pakai tudung. baik tak payah pakai tudung terus cmtu. tapi kalo jumpa kat sekolah memang tak pakai tudung pon, mungkin sebab tu kot. hmm, ntah la.

oh yg lagi best, kalau org yg dewasa, baya ibu2 kita, kalau org dtg rumah pakai tudung tidak pelik la pulak. kenapa kalau saya dan org yg lebih kurang sebaya dianggap pelik. tidak penting~

nak cerita pasal gambar lak. si ibu selalu pakai tudung ke luar rumah. kalau ade orang datang bertandang pon dia pakai tudung. tapi dengan anak sendiri takde la pkai tudung. boleh je amik gambar gaya bebas. tapi kadang2 gambar2 ni boleh pulak terpapar dalam internet. facebook mostly. ish2. kesian si ibu. punya la dia jaga image.

sebagai penutup. ada apa dengan 'tudung'? what say u?


No comments: