May 17, 2018

Ramadan 2018 / 1439H

Alhamdulillah kembali dalam madrasah Ramadhan. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Tahun ni tahun pertama zahra nak puasa Ramadhan. Bagaimana penghujung mama belum tahu lagi. Tapi setakat harini ada beberapa perkara yang mama rasa lucu

Semalam balik sekolah... mama, teacher cakap esok puasa. Puasa tu tak boleh makan dan minum. Tapi kalau zahra lapar macam mana? Mama jawab: bila kita rasa puasa, kita belajar sabar, belajar lapar, belajar bila kita lapar makanan tak terus sampai kat kita. Belajar sabar kena tunggu malam baru boleh makan. Kalau luar terang tak boleh makan.

Sebelum tido mama tanya zahra untuk kepastian betul ke nak puasa esok. Zahra cakap kalau puasa jadi orang hebat. Terharu mama. Baca niat puasa kemudian tido..

Mama kejut sahur... zahra penat la mama. Nak tido lagi. Esok puasa. Bukan harini. Tak sahur.

Bangun pagi. Mama, kat luar belum terang masih gelap. Zahra nak susu boleh? Zahra letih. Mama tengok jam dah 7pagi. Jangan seksa anak puasa. Takpe bagi je susu. Lepas minum susu, makan roti sapu coklat zahra pergi sekolah

Balik sekolah zahra cakap zahra lapar sangat. Letih. Mama tanya kat sekolah makan apa. Zahra cakap zahra tak dapat makan pon. Rupanya Zahra bagitau teacher zahra puasa.

Apa pengakhiran puasa zahra? Hujung bulan kalau sempat mama cerita lagi

#loveofmylife #zahra4yearsold

No comments: