Showing posts with label pabila Allah yg berkata2. Show all posts
Showing posts with label pabila Allah yg berkata2. Show all posts

Oct 23, 2010

Aad

ni sambungan dari ayat yg sebelum ni. memula tu letak sekali, tapi nampak macam panjang sangat la pulak. dari yg tertarik nak baca, jadi baca separuh jalan je. maka, saya pon potong la skit. cut dari sana, paste kat sini jadi new post. hehe.

surah al-A'raf:
[65]

Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? ”
[66]
Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: “Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan, dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta”.
[67]
Nabi Hud menjawab: “Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
[68]
“(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.
[69]
“Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya”.
[70]
Mereka berkata: “Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.
[71]
Nabi Hud menjawab: “Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu”.
[72]
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.

penterjemahan dari: http://www.alquran-melayu.com/7-al-araf/

sebenarnye lepas kisah kaum Ad ni ade cerita pasal kaum2 lain gak. macam kaum Thamud, Madyan. nak senang, kilik je kat link yang saya amik terjemahan ni.

have a nice reading all!! (^.^)

Oct 22, 2010

kisah2 dalam al-Quran

masa kecik2 dulu, sebelum tidur ayahanda selalu je bacakan buku. tapi selalu dengar separuh jalan je. sebab dah tidur. hehe. pernah sekali tu, ngantuk sangat2. tapi belum habis ulang kaji, esok nak exam. tapi ayah saya baik dia baca jugak buku teks tu. pagi esok, dapat jawab exam, tapi tak ingat pon ada baca bende bab tu. balik rumah lepas exam, bagitau mak. mak senyum je. pastu bagitau bapak (saya panggil ayah saya bapak), dia cakap dia bacakan bab tu masa saya dah tidur.

anyway, baru je lepas baca Quran. tiba2 terasa nak share pulak. ni jugak antara kisah2 yang ayah saya pernah baca sebelum tidur. tapi dulu tu selalu baca buku je la. banyak sangat sebenarnye cerita2 best kat dalam Quran. tapi post ni pasal surah ni je la dulu k..

surah al-A'raf:
[59]
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)”
[60]
Ketua-ketua dari kaumnya berkata: “Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata”.
[61]
Nabi Nuh menjawab: “Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
[62]
“(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
[63]
“Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?”.
[64]
Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)



panjang la pulak. tapi best. saya suka. banyak pengajaran. ni baru cerita nabi Nuh, belum cerita2 yg lain..

saya tahu intro tadi sebenarnya takde kena mengena ngan isi. tapi ni kan karangan saya. maka format saya la tentukan. hehe