Dec 2, 2008

aku, kau dan dia

Awak,
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me
Awak,
Hari ni awak senyum kat saye
Tapi saya buat2 tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan
Awak,
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi saya buat bodoh ajer
Padahal bumi nie raser cam dah tak cukup graviti
Awak,
Hari ni awak nampak comel
Semo orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati
Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak gune
Awak,
Hari ni awak tego saya
Tapi saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boley berenti borak
Awak,
Hari ni saya tego awak
Tapi saya tego awak dalam hati
Jadik awak tak penah dengar all the gud lucks n
take care hari2
Awak,
Hari ni kita duduk semeje
Tapi raser cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa
Awak,
Hari ni awak beratur blkg saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah mcm tu ajer
Awak,
Hari ni berubah situasi
Tapi saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi
Awak,
Hari ni saya nampak awak dari McD
Tapi awak tak macam dulu lagi, dah berteman
Jadik saya terdiam sendiri
Awak,
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenape tak bole pegi
Awak,
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik nak tak nak terpakse sendiri
Awak,
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
awak focus kat tv
Awak,
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedey
Awak,
besok antare kita
ader balai berlepas
esok tak de besok untuk saya
esok jugak tak de besok untuk awak
Awak,
semoge 1hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat sakit ati
Awak,
sebelum pergi
ari ni..kat sini
saya janji...
sume ni untuk awak
Sebab kenal awak anugerah terindah pnh
saye miliki.
terime kasih awak.

----------------------------------------------

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa
berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma
berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita
cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang
kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita
cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita
suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang
yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam
hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda
cinta.

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

1 comment:

f. said...

puisi yg first tu, it's so nice. (:
mane dpt ek?

oh, btw, sje blog hopping (: