May 19, 2009

please la..

please la. tolong la jangan sebut2 lagi perkara itu. saya tahu, apa yang sudah lepas sudah tidak boleh diubah. akan tetapi, mengapa? MENGAPA? mengapa saya merasakan sedemikian rupa. satu perkataan, pabila disebut orang, diriku ini akan menjadi sedih. kalaulah diriku ini berada dalam kartun jepun, jika ada orang menyebut perkatan itu, boleh diibaratkan seperti diriku ini ditusuk anak panah. terkilan? mungkin. ya, walaupun sudah seminggu perkara itu berlalu, tapi diriku ini masih bergini. argh!! mengapa diriku ini seperti tidak boleh menerima hakikat? bukankah patut diriku ini menerima seadanya.

diriku ini sebenarnya ingin tahu apa yang terjadi. apa yang terjadi selepas diriku ini disingkirkan. tapi apakan daya, diriku ini tidak kuat untuk menyatakan hasratku itu. malam ini, mungkin latihan yang dihentikan akan diadakan semula. ini mungkin peluang untukku.

saya sayang mereka, sayang mereka sebagai kawan, sayang mereka sebagai rakan berlatih. saya tahu ini bukan salah mereka, bukan salah sesiapa. saya tahu itu adalah salah pihak university.

orang sedih selalu susah nak berkata-kata. saya masih sedih dan sedang merawat diriku yang lara. kata-kataku ini mungkin tidak relevan, mungkin tidak betul. akan tetapi itulah kata dari perasaan sanubariku.

1 comment:

Asma' Zubir said...

kenapakah?
karate tournament kah?
apa sudah jadi?
cheer up ya!