Feb 21, 2011

isnin

karangan hari ini akan ditulis dalam bahasa melayu standard buku. harap ejaan semua betul.

dari zaman sekolah rendah sampailah sekolah menengah, amalan mengemas buku masuk dalam beg adalah pada petang hari. selepas makan malam, akan menyiapkan segala tugasa yang diberikan cikgu. akan mengulangkaji pabila disuruh ayahanda dan bonda. tidur awal, bangun pagi makan serapan, pergi ke sekolah ayah hantar. 

zaman university, kemas buku pada pagi hari, atau malam sebelumnya sebelum melelapkan mata. maka itulah masa aku sedari ada tugasan yang belum disempurnakan. masa itulah baru ku sedar, esok pagi ade ujian. jika mata masih boleh celik, akan membuat sedikit ulangkaji. jika tidak, berniat bangun awal dan mulakan ujian pada esok hari. 

banyak lagi berbezaan kehidupan aku di university dan di bangku sekolah. dulu, di sekolah, pergi balik rumah ada orang hantar. hari-hari aku akan pulang kerumah. hari-hari makan serapan di awal pagi. kalau pagi tak bangun, ada orang yang nak kejut. 

dah masuk university, balik rumah hujung minggu je. itupon kalau sempat. selalu tidak makan serapan, makan 'brunch' terus 'breakfast + lunch'. diet tak seimbang. 

kembali di dunia nyata. aku sekarang bukan budak sekolah dah. dah masuk university. sila sambung buat kerja tahun akhir. ya, aku sudah berada di tahun akhir pengajian. rindu zaman sekolah dulu.

No comments: